Ini adalah post pertama saya. Im nubis hahahaha. Lylo nak bagi tahu almaklumlah sekarang adaalh hari ibu kan jadi Lylo nak juga bercerita tentang seorang wanita yang paling lylo sayang. Ye mak lylo yang dah pergi 3 tahun lepas. Sampai sekarang Lylo masih terasa pemergiannye umpama semalam Lylo rase Lylo teman kan mak Lylo kat katil hospital. Walaupun ayah lylo dah kawen lain tapi lylo still nak mak lylo lagi tapi Allah da aturkan bahawa Allah pinjam kan mak lylo selama 22 tahun lylo hidup.
Lylo selalu dengar bila mak bising atau mak suruh buat kerja ape atau minta tolong pergi kedai ke ramai yang merungut walaupun tak tunjuk tapi dalam hati mesti ada rase tak nak buat ataupun bosan kan dengar mak korang membebel. Tapi korang kena ingat tau setiap bebelan mak kita sebenarnya ada isi. Cuma kita tak nampak sekarang je. Akan datang bila mak korang da tak ada ataupun korang duduk jauh dari mak korang baru la korang rase ape yang dibebelkan mak kita tu ada benarnya.
Sebenarnya bebelan ibu tu adalah dodoian yang indah bagi mereka yang kehilangan ibu. Selagi mak korang ada jagalah dia dengan sebaik mungkin. Sebab tu lylo sanggup ulang alik dari shah alam ke klang even jauh penat kena hadap jem teruk macam mane sekalipown lylo gagahkan juga untuk jaga nenek sakit sebab lylo cuma ada nenek je sekarang. lylo da tak ada mak lagi. Betullah orang kata selagi orang tu ada depan mata kita layan sambil lewa je. Bila da tak ada barulah menyesal tak turutkan apa yang mak kita minta. Sekarang nak menyesal pon tak guna da. So bagi mereka yang masih ada mak/ibu/umi/mama/mummy and so on jaga lah hati mereka. Kehilangan mereka tiada ganti sebab orang yang lahirkan kita adalah mak kita seorang sahaja.
Rindu yang tak terluah love you mak
No comments:
Post a Comment